Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Ini merupakan blog pertamaku yang dibangunkan menggunakan WordPress.Blog ini masih lagi dalam proses penyelenggaraan dan sebarang sumbangan idea berkenaan penggunaan wordpress amat dialu-alukan.
Assalamualaikum, disini aku ingin berkongsi tentang masalah yang boleh dikatakan kerap juga la dihadapi oleh pemilik atau pengguna2 komputer..Masalahnya yang aku maksudkan ialah Shutdown Terlalu Lama..
Jika ada antara korang semua yang menghadapi masalah nie boleh la guna kaedah yang tertera kat bawah nie…
STEP 1 :
01 – Start > run > regedit > klik OK
02 – klik HKEY_CURRENT_USER > Control Panel > Desktop
03 – pilih ‘WaitToKillAppTimeout’
04 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
05 – Tukarkan value ke ‘1000? dan klik OK

STEP 2 :
01 – Ulang Step di atas (langkah 01 hingga 02)
02 – pilih ‘HungAppTimeout’
03 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
04 – Tukarkan value ke ‘1000? dan klik OK

STEP 3 :
01 – Start > run > regedit > klik OK
02 – klik HKEY_USERS > .DEFAULT > Control Panel > Desktop
03 – pilih ‘WaitToKillAppTimeout’
04 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
05 – Tukarkan value ke ‘1000? dan klik OK

STEP 4 :
01 – Start > run > regedit > klik OK
02 – klik HKEY_LOCAL_MACHINE > System > CurrentControlSet > Control
03 – pilih ‘WaitToKillServiceTimeout’
04 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
05 – Tukarkan value ke ‘1000? dan klik OK

Selesai!!..bagi korang yang masih baru dengan ‘regedit’ mungkin korang rasa sangat sukar untuk melakukannya,tapi lama-kelamaan korang akan biasa dengan ‘regedit’. dan kebanyakan trik-trik pc yang telah aku tunjukkan ataupun yang akan datang akan menggunakan ‘regedit’!!..jadi jangan takut untuk mencuba!!..try and error adalah perkara biasa dalam komputer.
Selamat Mencuba!!!
Alhamdulillah walaupun ketika aku sedang menulis artikel ini aku sangat keletihan kerana sepanjang hari ini aku sibuk dengan jamuan raya di opis, tetapi aku masih lagi bersemangat dan diberi kekuatan untuk berkongsi dengan korang semua tentang petanda komputer kita dijangkiti virus. Antaranya tanda-tandanya ialah:
- Perubahan pada saiz fail samada ia menjadi semakin kecil atau besar.
- Perubahan pada tarikh fail walaupun kita tak pernah ubahsuai fail berkenaan.
- Program menjadi semakin perlahan untuk dijalankan. contohnya Program Offices seperti word,excel.
- Sistem operasi komputer menjadi semakin perlahan. Contohnya Windows lambat “loading” dari biasa.
- Ruang cakera keras dan memori menjadi semakin mengecil tanpa diketahui puncanya.
- Munculnya paparan mesej kerosakan yang ganjil.
- Atur cara gagal untuk berfungsi dengan baik.
- Sektor rosak pada cakera dan media storan yang lain misalnya pendrive.
- Sistem Boot gagal untuk berfungsi semasa sistem bermula atau semasa mem”boot” dari pemacu.
- Wujudnya aktiviti ganjil pada cakera keras walaupun kita tidak menggunakannya saat itu
Sediakan Payung Sebelum Hujan…hehe
Untuk pertama kalinya aku dengan rasa terharu dan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Tercinta ( Aimi Mastura ) dan bagi semua rakan-rakan terutamanya yang wish birthday aku pada 4/10/2010 baru2 nie.Ini merupakan kali pertama aku menerima ucapan birthday bertimbun camtu.hehe…Harapanku setelah masuk umur 23 tahun ini ialah ingin menjadi insan yang lebih baik daripada yang sebelum2 ini dari semua aspek samada dengan ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan negara…Tidak lupa juga kepada semua rakan2, aku doakan kita semua hidup dengan aman bahagia dan sentiasa dirahmati Allah..Wassalam
Aku pasti semua tahu bahawa google merupakan search engine yang hebat dalam mencari sesuatu.Namun sebenarnya Google mempunyai banyak lagi kegunaan yang lain, samada melalui enjin cariannya ataupun servis-servis Google yang lain.

Things To Do adalah sebuah laman yang dibina oleh Google UK untuk menerangkan pelbagai kegunaan Google. Sebagai contoh, aku nak tahu cara untuk manukarkan US Dollar kepada Ringgir Malaysia berdasarkan tips no 3.
Terdapat banyak lagi tips menarik yang dikongsi pada laman ini. Jika korang cuba mempelajarinya dan menggunakannya selalu, InsyaAllah urusan Internet korang akan menjadi lebih mudah. Selamat mencuba!!
Ramai antara kita yang masih lagi tidak menyedari tentang pentingnya keselamatan komputer kita.Disini ingin aku terangkan bahawa keselamatan komputer sangat penting terutamanya bagi mereka yang menggunakan untuk kepentingan peribadi.Kalau nak ikutkan bermacam-macam tujuan kita guna komputer contohnya perbankan,e-mel,pembelian online dan sebagainya.Kadangkala kita lupa dimana maklumat perbankan adalah rahsia milik kita dan secara tidak langsung kita leka terhadap keselamatan maklumat tersebut ketika melakukan transaksi online.Salah satu contoh yang aku boleh kongsi kat sini ialah masalah Cookies dimana selepas kita melayari sesuatu website,berkemungkinan kata laluan akan disimpan didalam cookies ini.Korang boleh cuba tekan butang “windows+R” kemudian taip “CMD” kemudian taip “ipconfig /flushdns” ini akan membersihkan cache DNS anda kerana mungkin terdapat data yang tak patut ada kat situ yang sedang mengganggu sistem anda.Selain itu aku nak pesan supaya korang senitasa delete browsing history sebelum dan selepas melakukan perbankan online kerana aktiviti itulah yang menjadi sasaran utama penggodam.Renung-renungkan dan selamat beramal..

